
Saya seorang yang simple.
Ramai orang kata saya happy go lucky, saya tak pedulikan semua tuh.
Saya suka dengan Emak saya, sebab saya anak dia.
Tiap-tiap hari jumaat saya suka makan cendol sensorang sebab masa tuh semua orang pegi sembahyang jumaat.
Saya suka minum air horlicks sebab dalam iklan tv kata beli 2 percuma 1 anak patung.
Saya lebih rela makan dengan Ayam Serama berbanding kawan-kawan saya sebab ada dikalangan diorg suka mkn kwn sendiri.
Saya suka kat Lindsay Lohan tapi dia tak hiraukan saya.
Saya tak suka berkayak sebab saya takde kayak.
Saya suka tido dengan bantal daripada tilam sebab tilam tak boleh dipeluk.
Saya tak suka main kejar-kejar sebab takde sapa nak kejar saya.
Saya suka makan lemang sebab pasal lemanglah saya kantoi puasa tahun lepas.
Saya tak suka dengan Britney Spears sebab dia seksi, Emak saya marah.
Saya suka minum susu sebab susu gemokkan badan saya.
Ramai orang suka kat saya sebab saya pandai masak.
Saya suka kluar shopping hanya untuk membeli aiskrim.
Itu jek la yang saya boleh bagitau, nak tau Lebih Lanjut sila daftar sebagai pengikut saya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan